Sabtu, 5 Julai 2008

Kisah Pemuda/Ghulam



Mukasurat atas menceritakan pandangan ahli sihir ...









Pemuda itu mencari kebenaran... akhirnya dia menemuinya!







Dia menjadi terkenal dan hebat, lalu memanfaatkannya untuk menyeru manusia... tetapi ujian baru sahaja bermula!





Menteri dan Guru yang beriman dibunuh kerana mempertahankan iman mereka. Seterusnya tiba giliran pemuda itu! Namun dia tidak dibunuh terus ... kerana cara raja lakukan amat istimewa ...







Pemuda itu tidak dapat dibunuh, malah dia masih menemui raja. Raja terlalu marah lalu menurut permintaan pemuda itu...



Akhirnya matilah pemuda itu, dan berimanlah satu negara dengan pengorbanannya! Tapi kisah tidak berakhir di situ sahaja!





Akhirnya semua yang beriman terkorban dalam kisah yang menyedihkan ini. Itulah lumrah kehidupan yang diceritakan dalam hadith dan alquran. Moga kita dapat mengambil pengajaran.

Di bawah adalah kisah penuh dari hadith (dalam bahasa inggeris/English) :

Kisah Ghulam
Ghulam Berguru pada Tukang Sihir dan Pendeta
------------------------------------------------------------------
Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir yang
telah tua. Ahli sihir itu memohon kepada raja agar membenarkan ilmunya
diturunkan kepada seorang budak. Permohonan itu dikabulkan raja, lalu
seorang budak kecil diminta berguru dengannya. Budak itu kita beri nama
Ghulam.

Di antara tempat tinggal tukang sihir itu dengan tempat tinggal Ghulam
ada seorang pendeta. Ghulam senantiasa singgah di kediaman pendeta itu dan
berguru padanya. Jadi, dia kerap lambat sampai di rumah tukang sihir.
Tukang sihir itu memarahinya dan memukulnya. Dia juga kerap terlambat pulang
ke rumah orang tuanya. Dia dimarahi pula kerana lambat pulang.

Pendeta mengajar berkata kepada Ghulam, "Kalau tukang sihir bertanya
sebab kelambatanmu, jawablah kerana terlambat turun dari rumah. Apabila kamu
di rumah, kalau ditanya mengapa terlambat, katakan tukang sihir menahanmu."

Diringkaskan cerita, Ghulam itu sentiasa singgah di rumah pendeta.

Ghulam Membunuh Binatang Buas
------------------------------------------------------------------
Pada suatu hari, dalam perjalanannya, Ghulam diganggu oleh binatang
buas. Orang ramai juga ketakutan terhadap gangguan binatang buas itu. Mereka
tidak berani menggunakan jalan itu.

Ghulam memberanikan diri. Dia mengambil seketul. Dia berseru, "Ya
Allah, kalau ajaran pendeta itu yang benar di sisi Engkau, lebih daripada
ajaran tukang sihir maka bunuhlah binatang ini!"

Batu itu dilemparkannya kepada binatang tersebut. Binatang itu mati.
Orang ramai menggunakan jalan itu semula seperti biasa.

Apabila Ghulam mengadap pendeta, diceritakannya pengalamannya itu.
Pendeta berkata, "Wahai anak, kamu telah mencapai darjat yang lebih tinggi
daripadaku! Aku mengingatkan kamu bahawa kamu akan menghadapi pelbagai
dugaan. Apabila dugaan itu tiba, janganlah kauberitahu bahawa kamu
mengenaliku."

Ghulam Mendoakan Kesembuhan Pembesar Buta
------------------------------------------------------------------
Diringkaskan cerita, Ghulam semakin besar dan semakin terkenal. Dia
berjaya mengubati penyakit kusta dan penyakit-penyakit lain. Mendengar
kebolehannya, seorang pembesar yang buta bertemu dengannya lalu berkata,
"Sembuhkanlah butaku! Hadiah ini untukmu. Jika aku sembuh, hadiah ini akan kutambah
lagi!"

Ghulam menjawab, "Saya tidak berkuasa menyembuhkan sebarang penyakit.
Yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit hanya Allah. Kalau tuan sudi
beriman kepada Allah, saya akan berdoa kepada-Nya. Saya akan memohon agar Dia
menyembuhkan penyakit tuan."

Mendengar tawaran Ghulam, pembesar buta itu pun beriman. Ghulam pun
berdoa. Akhirnya mata pembesar sembuh dan dia dapat melihat seperti orang celik
yang lain.

Pembesar Celik Memecahkan Rahsia
------------------------------------------------------------------
Setelah matanya sembuh, pembesar itu menemui raja. Baginda tercengang
melihat matanya celik. Baginda bertanya, "Siapa yang menyembuhkan mata
engkau?"

Dia menjawab, "Tuhanku."
Raja amat hairan. "Akukah yang engkau maksudkan?" soalnya.
Pembesar itu menjawab, "Bukan, Tuhanku dan Tuhan tuanku ialah Allah!"
"Engkau mengakui ada lagi Tuhan selain aku?" Raja begitu murka dengan
jawapan pembesarnya itu. "Siapakah yang mengajar kamu?" bentaknya.

Pembesar itu enggan memberitahu raja orang yang menyebabkannya beriman.
Maka dia ditangkap dan diseksa. Oleh sebab tidak mampu menanggung derita
seksaan,dia memecahkan rahsia bahawa yang mengajarnya mengesakan Tuhan ialah
seorang remaja bernama Ghulam.

Ghulam Disoal Siasat
------------------------------------------------------------------
Ghulam ditangkap. Dia disoal, "Benarkah kamu dapat menyembuhkan
penyakit kusta, orang buta dan lain-lain?"
"Semua kenyataan itu tidak benar! Saya tidak dapat menyembuhkan
sesiapa. Yang menyembuhkan mereka hanyalah Allah Yang Maha Kuasa," jawab Ghulam tegas.
"Akukah yang engkau maksudkan?" tanya raja.
"Bukan tuanku, tetapi Allah!" jawab Ghulam dengan yakin.
"Engkau mengakui ada Tuhan selain aku?" tanya raja lagi. Suaranya
hampir menggegar istana.

"Tuhanku dan Tuhan raja ialah Allah!" Ghulam menjawab dengan lebih
tegas.Ghulam tetap tidak mahu mengakui raja sebagai Tuhan. Dia diseksa. Dia
dipaksa menceritakan siapa gurunya. Oleh sebab tidak tahan menanggung
derita, terpaksalah dia menceritakan siapa gurunya.

Kepala Pendeta Digergaji, Ghulam Dibawa ke Puncak Gunung
------------------------------------------------------------------
Guru Ghulam, pendeta itu, ditangkap. Pendeta itu diseksa dan dipaksa
meninggalkan agama yang dianutnya. Akhirnya, oleh sebab pendeta itu
teguh mempertahankan imannya, raja memerintahkan kepalanya digergaji. Petugas
melaksanakan perintah itu dengan menggergaji kepala pendeta hingga
terbelah dua. Matilah guru Ghulam kerana mempertahankan keimanannya terhadap
Allah Yang Maha Esa.

Ghulam dipaksa meninggalkan agamanya. Oleh sebab dia berdegil, raja
memerintahkan beberapa orang membawanya naik ke puncak gunung.

"Apabila sampai di puncak gunung, paksa dia kembali kepada agama kita.
Jika dia masih berdegil, lemparkanlah dia ke bawah!" raja memberi arahan
dengan penuh geram.

Ghulam dibawa ke puncak gunung. Sesampainya di puncak itu, dia berdoa,
"Ya Allah, peliharalah aku daripada mereka dengan kekuasaan-Mu!"

Tiba-tiba bergoncanglah gunung itu. Orang-orang yang menghantarnya
berjatuhan bagai batu. Sebaliknya Ghulam selamat.

Dia pun turun dan terus mengadap raja. Lalu raja bertanya, "Apa khabar
orang-orang yang aku suruh menghantarkan engkau ke gunung?"

Ghulam menjawab, "Tuhanku telah memelihara daku dan memusnahkan
mereka."

Ghulam Dibuang ke Laut
------------------------------------------------------------------
Raja belum puas. Dia memerintahkan orang menghantar Ghulam ke tengah
laut dengan sebuah sampan.

"Sesampai di sana, paksa dia kembali kepada agama kita. Kalau dia
enggan, benamkan dia ke laut!" perintah raja.

Sebaik tiba di tengah laut, sekali lagi Ghulam menadah tangannya ke
langit dan berdoa. Maka datanglah angin ribut yang sangat dahsyat.
Tenggelamlah sampan orang-orang menghantarnya itu. Dia sendiri selamat berenang ke
tepi. Dia kembali dan menghadap raja.

Apabila ditanya oleh raja, dia menceritakan bahawa Tuhan Yang Maha Esa
telah menolong dirinya, sedangkan orang-orang yang menghantarnya ke tengah
laut semuanya tenggelam.

Ghulam Mengajar Raja Cara Membunuhnya
------------------------------------------------------------------
Kemudian Ghulam berkatalah kepada raja, "Tuan tidak akan dapat membunuh
aku dengan cara demikian. Aku boleh tuan bunuh jika tuan kerjakan apa-apa
yang kusuruh. Kalau tidak, maksud tuan untuk menyingkirkan daku dari dunia
ini tidak akan berhasil!"

Lalu raja bertanya, "Apakah yang engkau minta itu?"

Ghulam menjawab, "Suruhlah manusia berkumpul di satu tempat. Kemudian
suruhlah orang menaikkan daku ke atas kayu palang. Kemudian tuan ambil
satu anak panah kepunyaan aku sendiri dari dalam busurnya. Tuan bidik diriku
dengan tepat. Bacalah kuat-kuat 'Dengan nama Allah, Tuhan budak ini'.
Lepaskanlah anak panah itu. Dengan cara demikian barulah tuan dapat
membunuh aku."

Ghulam Terbunuh, Orang Ramai Beriman
------------------------------------------------------------------
Permintaan Ghulam dilakukan oleh raja. Diambilnya anak panahnya dari
busurnya. Kemudian, dengan mengucapkan, "Dengan nama Allah, Tuhan budak
ini" dipanahnya Ghulam, tepat mengenai pada jantungnya. Kepala Ghulam
terkulai.

Dengan tangan memegang pangkal panah yang tertusuk di dadanya, dia pun
mati. Tiba-tiba terloncatlah dari mulut seluruh orang yang hadir, "Kami
beriman dengan Tuhan budak ini1"

Gempitalah suara di tanah lapang itu menyatakan iman kepada Tuhan
Allah, yang diyakini oleh Ghulam.

Seorang pembesar berkata kepada raja, "Tidaklah tuan perhatikan?
Bukankah apa yang tuan takuti selama ini telah terjadi? Budak itu mati, tetapi
semua orang telah menganut ajarannya!"

Raja sangat murka melihat rakyatnya telah berbalik arah. Mereka yang
terang-terang menyatakan percaya kepada Tuhan budak kecil itu
ditangkap. Diperintahkannya orang menggali lubang besar memanjang seperti parit.
Dia mengeluarkan ancaman, "Sesiapa yang masih memegang kepercayaan seperti
budak itu akan dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar! Sebaliknya, sesiapa
yang kembali kepada agama pusaka nenek moyang, akan selamat."

Orang ramai yang telah beriman kepada Allah tidak berundur. Sebaliknya,
mereka berduyun-duyun mendekati lubang yang ternganga itu, menunggu
giliran dibakar.

Maka adalah antara mereka itu seorang perempuan yang sedang mendukung
anaknya. Ketika telah menghampiri pinggir lubang itu, timbul ragu-ragu
dalam hatinya. Tiba-tiba berkatalah anaknya yang dalam bimbingan itu,
"Teguhkan hatimu, ibuku, ibu dalam agama yang benar!"

------------------------------------------------------------------
SELESAI

Kisah ini bersumber daripada sebuah hadis yang dirawikan oleh Muslim
(sila lihat nota di akhir file) dan Imam Ahmad. Kisah ini dinukilkan semula secara bebas
dan diberi tajuk "Ghulam". Kisah ini berupa susulan tafsir ayat ke-4 hingga ke-8 Surah
al-Buruj oleh Prof. Dr. Hamka,1984, Tafsir al-Azhar: Juzu’ XXX, Surabaya:
Yayasan Latimojong, halaman 84-93.

Bestari
AL-BURUJ (BINTANG-BINTANG)
Surah Ke-85, 22 Ayat, Diturunkan di Mekah (Terjemahan oleh Prof. Dr.
Hamka, 1984 dalam Tafsir al-Azhar: Juzu’ XXX, Surabaya: Yayasan Latimojong,
halaman 84, 93, 97.)

1. Demi langit yang mempunyai bintang-bintang.
2. Demi hari yang telah dijanjikan.
3. Demi penyaksi, demi yang disaksikan.
4. Binasalah orang-orang yang empunya lubang parit.
5. Daripada api yang menyala-nyala.
6. Ketika mereka duduk dekat dengannya.
7. Dan mereka, terhadap apa yang diperbuat atas orang-orang yang beriman itu, adalah menyaksikan.
8. Dan tidaklah mereka berlaku kejam kepada orang-orang itu, melainkan kerana percaya kepada Allah,
Yang Maha Gagah Perkasa, Yang Maha Terpuji.
9. Yang baginya kerajaan di semua langit dan bumi; dan Allah, atas
tiap-tiap sesuatu, adalah jadi penyaksi.
10. Sesungguhnya orang-orang yang melakukan tindasan kepada orang
mukmin dan mukminat, kemudian tidak mereka bertaubat, maka bagi mereka adalah
seksa bakaran.
11. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal yang soleh, bagi
mereka adalah syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai;
yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.
12. Sesungguhnya pembalasan Tuhan engkau itu adalah amat sangat.
13. Sesungguhnya Dialah yang memulai dan Dia yang mengulang kembali.
14. Dan Dia adalah Maha Pegampun dan Maha Penyayang.
15. Yang empunya 'Arasy, Yang Maha Terpuji
16. Yang berbuat apa yang Dia kehendaki.
17. Adakah sudah datang kepada engkau berita tentera-tentera?
18. Firaun dan Tsamud?
19. Bahkan orang-orang yang kafir itu dalam keadaan mendustakan.
20. Pada hal Allah dari belakang mereka, selalu mengepung.
21. Bahkan, Dia adalah al-Qur'an yang tinggi mulia.
22. Di dalam Luh* yang terpelihara.




Terjemahan surah al-Buruj ini perlu dibaca dahulu sebelum anda
menikmati kisah "Ghulam". Kami tidak bermaksud mengemukakan tafsiran terhadap
surah ini. Yang hendak diketengahkan hanyalah penjelasan terhadap ayat ke-4
hingga ke-8. Sebagai permulaan, memadailah disalinkan nota kaki Tafsir
al-Qur'an al-Karim terbitan Kementerian Agama, Indonesia seperti yang berikut:

"Syahadan tersebutlah riwayatnya kaum yang kafir pada mada dahulu kala,
yang berlaku ganas dan kejam terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah.
Mereka menyuruh orang-orang beriman itu jangan bertuhankan kepada
Allah, malahan kepada raja mereka. Tetapi orang-orang yang beriman itu tidak
mahu menurut perintahnya, lalu orang-orang kafir itu memperbuat sebuah
lubang, di dalamnya dinyalakan api yang besar, kemudian disuruhnya orang-orang
yang beriman terjun ke dalam api dengan berganti-ganti, seorang demi
seorang. Oleh sebab orang-orang beriman itu mempunyai keimanan yang teguh,
kepercayaan yang tetap, lalu mereka terjun ke dalam api itu, sampai
mati semuanya. Maka mereka itu menjadi korban keimanannya dan
kepercayaannya."
(h. 895)

------------------------------------------------------------------
DAri sahih Muslim:
Book 042, Hadith Number 7148.
------------------------------
Chapter : The story of the people of the ditch, the magician, the monk and the slave.

Suhaib reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) thus said:
There lived a king before you and he had a (court) magician. As he (the magician) grew old, he said to the king: I have grown old, send some young boy to me so that I should teach him magic. He (the king) sent to him a young man so that he should train him (in magic).And on his way (to the magician) he (the young man) found a monk sitting there. He (the young man) listened to his (the monk's) talk and was impressed by it. It became his habit that on his way to the magician he met the monk and set there and he came to the magician (late).He (the magician) beat him because of delay. He made a complaint of that to the monk and he said to him: When you feel afraid of the magician, say: Members of my family had detained me. And when you feel afraid of your family you should say: The magician had detained me. It so happened that there came a huge beast (of prey) and it blocked the way of the people, and he (the young boy) said: I will come to know today whether the magician is superior or the monk is superior. He picked up a stone and said: O Allah, if the affair of the monk is dearer to Thee than the affair of the magician, cause death to this animal so that the people should be able to move about freely. He threw that stone towards it and killed it and the people began to move about (on the path freely).He (the young man) then came to that monk and Informed him and the monk said: Sonny, today you are superior to me. Your affair has come to a stage where I find that you would be soon put to a trial, and in case you are put to a trial don't give my clue. That young man began to treat the blind and those suffering from leprosy and he in fact began to cure people from (all kinds) of illness. When a companion of the king who had gone blind heard about him, he came to him with numerous gifts and said: If you cure me all these things collected together here would be yours. Be said: I myself do not cure anyone. It is Allah Who cures and if you affirm faith in Allah, I shall also supplicate Allah to cure you. He affirmed his faith in Allah and Allah cured him and he came to the king and sat by his side as he used to sit before. The king said to him: Who restored your eyesight? He said: My Lord. Thereupon he said: It means that your Lord is One besides me. He said: My Lord and your Lord is Allah, so he (the king) took hold of him and tormented him till he gave a clue of that boy. The young man was thus summoned and the king said to him: O boy, it has been conveyed to me that you have become so much proficient in your magic that you cure the blind and those suffering from leprosy and you do such and such things. Thereupon he said: I do not cure anyone; it is Allah Who cures, and he (the king) took hold of him and began to torment him. So he gave a clue of the monk. The monk was thus summoned and it was said to him: You should turn back from your religion. He, however, refused to do so. He (ordered) for a saw to be brought (and when it was done) he (the king) placed it in the middle of his head and tore it into parts till a part fell down. Then the courtier of the king was brought and it was said to him: Turn back from your religion. Arid he refused to do so, and the saw was placed in the midst of his head and it was torn till a part fell down. Then that young boy was brought and it was said to him: Turn back from your religion. He refused to do so and he was handed over to a group of his courtiers. And he 'said to them: Take him to such and such mountain; make him climb up that mountain and when you reach its top (ask him to renounce his faith) but if he refuses to do so, then throw him (down the mountain).So they took him and made him climb up the mountain and he said: O Allah, save me from them (in any way) Thou likest and the mountain began to quake and they all fell down and that person came walking to the king. The king said to him: What has happened to your companions? He said: Allah has saved me from them. He again handed him to some of his courtiers and said: Take him and carry him in a small boat and when you reach the middle of the ocean (ask him to renounce) his religion, but if he does not renounce his religion throw him (into the water).So they took him and he said: O Allah, save me from them and what they want to do. It was quite soon that the boat turned over and they were drowned and he came walking to the king, and the king said to him: What has happened to your companions? He said: Allah has saved me from them, and he said to the king: You cannot kill me until you do what I ask you to do. And he said: What is that? He said: You should gather people in a plain and hang me by the trunk (of a tree).Then take hold of an arrow from the quiver and say: In the name of Allah, the Lord of the worlds; then shoot an arrow and if you do that then you would be able to kill me. So he (the king) called the people in an open plain and tied him (the boy) to the trunk of a tree, then he took hold of an arrow from his quiver and then placed the arrow in the bow and then said: In the name of Allah, the Lord of the young boy; he then shot an arrow and it bit his temple. He (the boy) placed his hands upon the temple where the arrow had bit him and he died and the people said: We affirm our faith in the Lord of this young man, we affirm our faith in the Lord of this young man, we affirm our faith in the Lord of this young man. The courtiers came to the king and it was said to him: Do you see that Allah has actually done what you aimed at averting. They (the people) have affirmed their faith in the Lord. He (the king) commanded ditches to be dug at important points in the path. When these ditches were dug, and the fire was lit in them it was said (to the people): He who would not turn back from his (boy's) religion would be thrown in the fire or it would be said to them to jump in that. (The people courted death but did not renounce religion) till a woman came with her child and she felt hesitant in jumping into the fire and the child said to her: O mother, endure (this ordeal) for it is the Truth.

Tiada ulasan:

Anda juga mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails