Ahad, 20 Disember 2009

Cuti!



Saat ini, pelajar-pelajar sekolah dan IPT seronok dengan cuti! Jadi, bagaimana masa dihabiskan oleh mereka? Adakah diisi dengan perkara bermanfaat? Atau perkara yang tidak bermatlamat? Moga jadi renungan bersama....

Rabu, 16 September 2009

Dekat nak raya!

Dah semakin hampir kita kepada hari raya. Ini bermakna kita akan meninggalkan ramadhan tak lama lagi. Di saat ini kita semakin bersemangat untuk berhari raya (dengan lagu yang berkumandang di radio dan TV). Moga kita tak ter'lupa' untuk memanfaatkan sebaiknya hujung-hujung ramadhan ini sebab di sinilah terletaknya banyak ganjaran yang besar.

Selasa, 15 September 2009

Moga telah berjaya dalam Ramadhan ini!

Wahh! Ramadhan hampir ke penghujungnya! Hmm ... bagaimana dengan kita? Dah berjaya menggapai apa yang ada di dalam bulan yang mulia ini? Atau ia telah berlalu begitu sahaja?

Isnin, 7 September 2009

Suasana Ramadhan

My attempt to just scribble and scan. Basically this what we normally see in Ramadhan. It is still good, but it can be better. Maybe we ate too much and do not have willpower to pray more, read quran more etc....

Hopefully we can do better this ramadhan!

Jumaat, 4 September 2009

15 hari lagi!

Sudah 15 ramadhan! Wah, ada yang gembira menunggu raya. Ada yang sedih sebab dah tinggal separuh lagi bulan yang penuh pahala ni. Kita kategori yang mana?

Ahad, 23 Ogos 2009

Salam Ramadhan 1430H

(Mari kita cari Lailatul Qadar. Kalau cari setiap malam, insyaAllah boleh jumpa :) )
(Banyakkan berdoa di bulan ini ya)

Selamat menyambut Ramadhan bagi kawan-kawan sekalian. Moga tahun ini kita memanfaatkan bulan mulia ini sebaik-baik-baiknya!

Isnin, 6 Julai 2009

Menangis untuk artis?

Baru-baru ini kematian seorang artis sangat terkenal diratapi oleh masyarakat seluruh dunia. Sedar tak sedar, umat islam lebih merasa sedih terhadap seorang manusia yang terkenal berbanding berjuta-juta yang telah dianiaya,dizalimi dan dibunuh di gaza, palestin, iraq dan di serata dunia. Moga ia menjadi renungan buat diri kita...

Sabtu, 6 Jun 2009

Masa itu amanah...



Sedikit peringatan terhadap orang yang bekerja di pejabat (dicetuskan oleh seorang teman). Kekadang kita tidak sedar yang kita menggunakan 'masa kerja' untuk sesuatu yang bukan 'kerja'. Masa itu adalah amanah kita yang perlu kita tunaikan. Moga kerja kita lebih diberkati.

Between two places...



We enjoyed so much in our life which sometime made us forgot about our muslim brothers in palestine who are not as fortunate as us.

Bila isteri qiyam...



Lama tak lukis komik yang menyentuh suami isteri yang memahami akan jalan ini. Jika suami tidak memahami, maka sukar baginya untuk membantu isterinya untuk program dan aktviti yang membentuk kefahaman dirinya.

Selasa, 20 Januari 2009

Hujan



Bila hujan, kita rasa kecewa kerana tak dapat keluar berjalan-jalan. Hmmm, sebenarnya banyak juga perkara baik yang boleh kita buat di rumah!
*Sempena musim hujan sekarang ni.

(lama tak guna guna teknik lukis manual,. Asyik digital aje.)

Selasa, 13 Januari 2009

Cakap Boleh ... Buat ke?



Satu renungan buat diri ... Selalunya mudah untuk bercakap dan mencadangkan sesuatu ... Selalunya mudah untuk berbincang atau berdebat sesuatu ...

Tetapi ... berapa ramai yang sanggup untuk melakukan apa yang dikata!?

Isnin, 12 Januari 2009

Apa yang kita buat?



Apa yang kita dah buat untuk mereka? Sesuatu yang perlu kita fikirkan!

Mengapa boikot?



Komik di atas menerangkan mengapa perlu kita boikot mereka....

Anda juga mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails