Ahad, 18 Ogos 2013

Mesir!!!

Tunjukkan sokongan dan keprihatinan kita kepada saudara kita di mesir;

... melalui doa kita
... melalui perhimpunan kita
... melalui perkongsian kita
... melalui interaksi kita dengan orang sekeliling

Rabu, 7 Ogos 2013

Akhir Ramadhan

Ramadhan melabuhkan tirainya.
Moga amalan kita sepanjang bulan ini diterima.
Moga kita dapat istiqamah dan tsabat dengan amalan yang dibuat.

Selamat menyambut Hari Raya Idilfitri

Jumaat, 7 Jun 2013

Mulia

Mulia seorang manusia terletak pada taqwanya, bukan kekayaan, pangkat atau pengaruh maupun bangsa...

Ia adalah satu neraca yang sangat adil ditetapkan oleh Allah buat manusia. Jika semua orang memahami dan menjiwai konsep ini, tidak akan ada penindasan sesama manusia dan juga perebutan kuasa dan harta di sana sini.

Ayuh sama-sama kita didik diri kita dan juga teman di sekeliling supaya berlumba meningkatkan taqwa, bukan yang lainnya!

Sabtu, 11 Mei 2013

Sumber maklumat...

Akhir-akhir ini kita berdepan dengan pelbagai maklumat ... dari media massa, facebook, twitter, blog dan sms. Semua menceritakan perkara yang bercampur aduk di antara yang benar dan palsu.

Sebagai seorang muslim, kita harus memeriksa dahulu sumbernya, serta counter-check dengan yang alternatif ... dan lagi penting, ia tak bercanggah dengan sumber rujukan kita ..Quran dan sunnah!

Isnin, 6 Mei 2013

Bila kalah

Khas buat yang kalah baru-baru ni.
Sama-sama kita sabar, istighfar dan muhasabah....
Pasti ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku

Sabtu, 27 April 2013

Pilihan

Sempena musim pilih-memilih ni.. jangan tak memilih ... takut kita jadi punca orang yang tak sepatutnya dipilih!

Testing (drawing)

It has been a while I haven't updated this website.
Nowadays I'm pretty occupied with work on the daytime, voluntary work at night time and weekends, and also with family.

Ahad, 10 Februari 2013

Nak buat tapi tiada orang?

Lama tak melukis. Wah, agak berkarat lukisan kali ni!

Cerita di atas agak mendalam mesejnya. Kekadang, bila berpesatuan, berkumpulan ... kita terlalu eksited (teruja) untuk melakukan banyak perkara dan program, sehingga ... terlupa bahawa...

... sumber kekuatan sesuatu organisasi ialah pada 'orang', kerana orang diperlukan untuk melaksanakan segala aktiviti atau program yang kita nak buat.

Bagaimana nak dapatkan 'orang' ini?

Tidak lain tak bukan .. melalui pencarian individu ... dan membentuk mereka (dalam bahasa yang lebih tinggi = tarbiyyah!) supaya menjadi orang yang ingin bersama kita dan memiliki aspirasi yang sama dengan kita!

Anda juga mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails