Memaparkan catatan dengan label Koleksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Jun 2013

Mulia

Mulia seorang manusia terletak pada taqwanya, bukan kekayaan, pangkat atau pengaruh maupun bangsa...

Ia adalah satu neraca yang sangat adil ditetapkan oleh Allah buat manusia. Jika semua orang memahami dan menjiwai konsep ini, tidak akan ada penindasan sesama manusia dan juga perebutan kuasa dan harta di sana sini.

Ayuh sama-sama kita didik diri kita dan juga teman di sekeliling supaya berlumba meningkatkan taqwa, bukan yang lainnya!

Sabtu, 27 April 2013

Testing (drawing)

It has been a while I haven't updated this website.
Nowadays I'm pretty occupied with work on the daytime, voluntary work at night time and weekends, and also with family.

Ahad, 6 Mei 2012

Berbeza pendapat...

Bila berbeza pendapat, kita tak dapat elak dari terpengaruh dengan emosi kita lalu 'bergaduh'. Ini aku perasan semenjak peristiwa Bersih 3.0 yang lalu di mana pihak yang pro dan anti Bersih bertikam lidah dalam laman FB berkali-kali!

Bila diperhatikan lagi, ia bukan sebab Bersih semata-mata. Banyak lagi perkara lain yang menyebabkan kita 'bergaduh' disebabkan perbezaan antara kita!

Imam-imam terdahulu memiliki pendapat yang berbeza dalam melaksanakan ibadat (fekah dll), tapi mereka sangat respek kat pendapat imam lain. Kita?

Astaghfirullah. Ini merupakan teguran buat diriku berkali2. Moga tak mudah terikut emosi bila berbeza lagi .... :)

Ahad, 5 Februari 2012

Ikut orang yang kita minat

Setiap 12 Rabiul Awal pada setiap tahun, umat islam di negara ini menyambut hari ulangtahun kelahiran nabi SAW. Moga kita tidak hanya terhenti dengan memperingati baginda, malah mengamalkan apa yang baginda ajar kat umatnya (kita lah tu), dan terus-menerus menjadi du'at seperti baginda!

Ahad, 1 Januari 2012

Berubah!


Setiap kali tahun baru menjelang tiba, ramai menanam azam baru. Selalunya azam itu suatu azam yang baik. Selalunya azam itu adalah azam untuk berubah kepada yang lebih baik.
Komik ini ditujukan kepada semua yang ingin berubah! Ingatlah:
"Orang yang hari ini sama dengan semalam, dia adalah orang yang lalai!
Orang yang hari ini teruk dari semalam, dia adalah orang yang celaka!
Orang yang hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang bahagia!"

Jadikan hari ini (dan tahun baru ini) lebih baik dari yang sebelumnya!

kredit kepada Inche Gabbana atas tulisan yang super osem di ambang tahun baru nih!

Khamis, 22 Disember 2011

Purpose

Everything has its purpose. You, me, and everything. Refer to (az-zariyat: 56)

Sabtu, 1 Januari 2011

Tahun baru!


Alhamdulillah, kita melangkah masuk ke tahun baru Hijrah 1432 dan Masihi 2011. Ramai yang berazam untuk berubah sempena kemasukan ke tahun baru ini.
Ia adalah satu perkara yang baik... berazam untuk berubah menjadi baik atau lebih baik.
Akan tetapi, lebih baik lagi kita tak menunggu tahun baru untuk berazam berubah. Ia harus dilakukan segera, sebab kita tak tahu bila ajal kita menjelang tiba! Jadi, sentiasalah berazam untuk berubah kepada yang lebih baik setiap masa. (ingatkah kisah orang yang bunuh 100 orang, lalu dia insaf dan terus berazam untuk menjadi baik?)

Rabu, 29 Disember 2010

Jangan Marah



Kali ini saya ingin highlight berkenaan marah. Kita selalu akan bertemu situasi yang menjadikan kita ingin marah atau ter'jadi' marah. Selalu juga kita 'gagal' dalam mengawal kemarahan di saat itu.

islam menawarkan solusi terhadap situasi itu. Antaranya:

Sabda Nabi SAW "Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Ahad, 24 Oktober 2010

Persiapan Exam!

Satu lagi untuk dikongsi!

Semoga kita tidak lupa ... bahawa dalam segala hal, kepadaNya lah kita berserah!

Selasa, 5 Oktober 2010

Nikmat Allah


Cuba kita renungkan, berapa kali kita mensyukuri nikmat Allah? berapa kali kita merenung kembali, dan muhasabah kembali, betapa banyaknya nikmat yang Dia telah beri?

Selalunya, kita cenderung untuk merungut akan nikmat yang Dia tarik dari kita, dan juga nikmat yang Dia berikan kepada orang lain dan belum diberi kepada kita.

Selalulah muhasabah, dan jadikan diri kita selalu mensyukuri nikmat-nikmat yang diberikan olehNya!

Ahad, 5 September 2010

Lailatul Qadr



Lailatul Qadr atau 'Night of Power' merupakan malam yang dicari-cari oleh umat islam setiap tahun, memandangkan ganjaran yang disediakan pada malam itu sangat besar. Bermacam-macam cara diambil oleh orang untuk mendapatkan malam ini. Ada yang fokus pada malam tertentu, ada yang buat pada malam 27 sahaja, dan ada yang memerhatikan tanda-tandanya dahulu sebelum beramal bersungguh-sungguh.

Komik di atas tercetus semasa berbual dengan seorang teman. Benar juga. Jika kita bersungguh-sungguh pada setiap malam, maka peluang untuk mendapatkan lailatulQadr adalah 100% insyaAllah.

Jadi, kita dah malam ke 27 ni. Harapnya amalan kita makin laju di penghujung Ramadhan ini!

Rabu, 16 September 2009

Dekat nak raya!

Dah semakin hampir kita kepada hari raya. Ini bermakna kita akan meninggalkan ramadhan tak lama lagi. Di saat ini kita semakin bersemangat untuk berhari raya (dengan lagu yang berkumandang di radio dan TV). Moga kita tak ter'lupa' untuk memanfaatkan sebaiknya hujung-hujung ramadhan ini sebab di sinilah terletaknya banyak ganjaran yang besar.

Jumaat, 4 September 2009

15 hari lagi!

Sudah 15 ramadhan! Wah, ada yang gembira menunggu raya. Ada yang sedih sebab dah tinggal separuh lagi bulan yang penuh pahala ni. Kita kategori yang mana?

Isnin, 6 Julai 2009

Menangis untuk artis?

Baru-baru ini kematian seorang artis sangat terkenal diratapi oleh masyarakat seluruh dunia. Sedar tak sedar, umat islam lebih merasa sedih terhadap seorang manusia yang terkenal berbanding berjuta-juta yang telah dianiaya,dizalimi dan dibunuh di gaza, palestin, iraq dan di serata dunia. Moga ia menjadi renungan buat diri kita...

Sabtu, 6 Jun 2009

Masa itu amanah...



Sedikit peringatan terhadap orang yang bekerja di pejabat (dicetuskan oleh seorang teman). Kekadang kita tidak sedar yang kita menggunakan 'masa kerja' untuk sesuatu yang bukan 'kerja'. Masa itu adalah amanah kita yang perlu kita tunaikan. Moga kerja kita lebih diberkati.

Selasa, 20 Januari 2009

Hujan



Bila hujan, kita rasa kecewa kerana tak dapat keluar berjalan-jalan. Hmmm, sebenarnya banyak juga perkara baik yang boleh kita buat di rumah!
*Sempena musim hujan sekarang ni.

(lama tak guna guna teknik lukis manual,. Asyik digital aje.)

Selasa, 13 Januari 2009

Cakap Boleh ... Buat ke?



Satu renungan buat diri ... Selalunya mudah untuk bercakap dan mencadangkan sesuatu ... Selalunya mudah untuk berbincang atau berdebat sesuatu ...

Tetapi ... berapa ramai yang sanggup untuk melakukan apa yang dikata!?

Rabu, 10 Disember 2008

Stail Rambut



Hmmm...mungkin tidak relevan, tetapi... mungkin ada orang yang membanding-bandingkan stail rambut yang paling baik antara mereka

Appraisal



People strive hard to get good appraisal at the end of the year... but, how many strive hard to get good 'appraisal' from the Creator at the end of his life.

...and the end of life can be anytime!

Rabu, 30 Julai 2008

Anda juga mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails