Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Mei 2013

Sumber maklumat...

Akhir-akhir ini kita berdepan dengan pelbagai maklumat ... dari media massa, facebook, twitter, blog dan sms. Semua menceritakan perkara yang bercampur aduk di antara yang benar dan palsu.

Sebagai seorang muslim, kita harus memeriksa dahulu sumbernya, serta counter-check dengan yang alternatif ... dan lagi penting, ia tak bercanggah dengan sumber rujukan kita ..Quran dan sunnah!

Isnin, 6 Mei 2013

Bila kalah

Khas buat yang kalah baru-baru ni.
Sama-sama kita sabar, istighfar dan muhasabah....
Pasti ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku

Sabtu, 27 April 2013

Pilihan

Sempena musim pilih-memilih ni.. jangan tak memilih ... takut kita jadi punca orang yang tak sepatutnya dipilih!

Ahad, 6 Mei 2012

Berbeza pendapat...

Bila berbeza pendapat, kita tak dapat elak dari terpengaruh dengan emosi kita lalu 'bergaduh'. Ini aku perasan semenjak peristiwa Bersih 3.0 yang lalu di mana pihak yang pro dan anti Bersih bertikam lidah dalam laman FB berkali-kali!

Bila diperhatikan lagi, ia bukan sebab Bersih semata-mata. Banyak lagi perkara lain yang menyebabkan kita 'bergaduh' disebabkan perbezaan antara kita!

Imam-imam terdahulu memiliki pendapat yang berbeza dalam melaksanakan ibadat (fekah dll), tapi mereka sangat respek kat pendapat imam lain. Kita?

Astaghfirullah. Ini merupakan teguran buat diriku berkali2. Moga tak mudah terikut emosi bila berbeza lagi .... :)

Jumaat, 23 Disember 2011

Kisah Palestin

Ini kisah Palestin. Ia diceritakan dalam bentuk cerita.

Untuk mengetahui lebih detail kisah berkenaan Palestin sila klik: http://satuumat.blogspot.com/2009/01/sejarah-palestin-yang-dilupakan.html

...... untuk tahu lagi lagi banyak info sila baca : http://www.palestinkini.info 

Ahad, 11 Disember 2011

Kisah negara S



Kisah di atas diinspirasikan dari maklumat terkini berkenaan negara S (baca: Syiria). Ramai juga yang baru tahu semenjak kunjungan pembantu khas Dr Yusof Qardhawi datang ke Malaysia untuk explain perihal Syiria ini. (klik sini untuk info)

Rupa-rupanya kekejaman yang berlaku di sana sangaaat kejam! Namun, tiada maklumat dalam dan luar internet yang menceritakan keadaan sebenar mereka. Malah dicover up dengan berita sebaliknya!

Moga kita dapat ambil pengajaran dan juga kongsi-kongsikan dengan teman-teman yang lain!

Jumaat, 1 April 2011

Bencana sebagai iktibar

Bencana alam berlaku di sana-sini akhir-akhir ini. Adakah kita mengambil pengajaran darinya? Atau kita merasakan ia tidak ada kaitan dengan kita? Atau kita hanya akan sedar tatkala ia sudah terlambat? Renungilah Surah asy-Syura[42] : 30. "Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)"

Sabtu, 6 Jun 2009

Between two places...



We enjoyed so much in our life which sometime made us forgot about our muslim brothers in palestine who are not as fortunate as us.

Isnin, 12 Januari 2009

Anda juga mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails