Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidil Adha

Selamat menyambut Aidil Adha.

Moga kita dapat menghayati kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail.

Moga kita berjaya berpuasa Arafah hari ini.

Moga kita ada ada usaha untuk menunaikan Haji...

Isnin, 18 Julai 2011

Ramadhan is coming!


Wah! It has been quite some time already. I have been so busy, did not notice Ramadhan is just around the corner! Alhamdulillah, the month of Ramadhan is coming back! Lets hope that we did not waste it and do it better this time!

Jumaat, 1 April 2011

Bencana sebagai iktibar

Bencana alam berlaku di sana-sini akhir-akhir ini. Adakah kita mengambil pengajaran darinya? Atau kita merasakan ia tidak ada kaitan dengan kita? Atau kita hanya akan sedar tatkala ia sudah terlambat? Renungilah Surah asy-Syura[42] : 30. "Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)"

Khamis, 17 Februari 2011

Valentine?

Pasti banyak yang terbaca berkenaan Hari Valentine... yang adakalanya diberi nama 'Hari Kekasih'. Orang mengatakan itulah hari untuk berkasih sayang ... benarkah?

Berkasih sayang sesama orang yang belum berkahwin itu Allah suka? Pastinya ia mengundang murka dariNya.

islam menggalakkan kasih sayang ... dan ia dapat dirasai bagi mereka yang berkahwin! Pada masa itu, apa yang haram sebelum kahwin dihalalkan ... malah dapat banyak pahala!

Hmm ... lama betul tak lukis komik tema baitul muslim nih.. :)

Rabu, 12 Januari 2011

Lukisan menggunakan tablet

Eksperimen menggunakan tablet. Menarik juga tablet ni.
Selalunya saya lukis dulu, baru scan dan touch up.

Sabtu, 1 Januari 2011

Tahun baru!


Alhamdulillah, kita melangkah masuk ke tahun baru Hijrah 1432 dan Masihi 2011. Ramai yang berazam untuk berubah sempena kemasukan ke tahun baru ini.
Ia adalah satu perkara yang baik... berazam untuk berubah menjadi baik atau lebih baik.
Akan tetapi, lebih baik lagi kita tak menunggu tahun baru untuk berazam berubah. Ia harus dilakukan segera, sebab kita tak tahu bila ajal kita menjelang tiba! Jadi, sentiasalah berazam untuk berubah kepada yang lebih baik setiap masa. (ingatkah kisah orang yang bunuh 100 orang, lalu dia insaf dan terus berazam untuk menjadi baik?)

Anda juga mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails