Rabu, 17 Disember 2014

Kita tak sangka


Adakalanya..

Halaqah yang kita bawa .. dihadiri oleh ahli usrah dalam keadaan lesu .. malah ada yang mengantuk

Mukhayyam yang kita urus .. hanya didatangi 10 peserta .. menyamai bilangan AJKnya

Qiam yang kita anjur .. pesertanya tiba lewat dan sebahagian balik awal pada esok paginya

Daurah yang kita susun .. bermula lewat dan disambut dingin oleh para peserta

... dan kita mungkin tidak menyangka ...
... ada peserta yang hadir, mendapat hidayahNya dari semua itu, lalu menjadi asbab bangkitnya ummah ini!

Oleh itu jangan patah harapan dan berputus asa!

Kita teruskan bekerja dan berusaha ...
.. kerana yang ditanya adalah apa usaha kita ... bukanlah hasil atau natijahnya!

Anda juga mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails