Rabu, 17 Disember 2014

Kita tak sangka


Adakalanya..

Halaqah yang kita bawa .. dihadiri oleh ahli usrah dalam keadaan lesu .. malah ada yang mengantuk

Mukhayyam yang kita urus .. hanya didatangi 10 peserta .. menyamai bilangan AJKnya

Qiam yang kita anjur .. pesertanya tiba lewat dan sebahagian balik awal pada esok paginya

Daurah yang kita susun .. bermula lewat dan disambut dingin oleh para peserta

... dan kita mungkin tidak menyangka ...
... ada peserta yang hadir, mendapat hidayahNya dari semua itu, lalu menjadi asbab bangkitnya ummah ini!

Oleh itu jangan patah harapan dan berputus asa!

Kita teruskan bekerja dan berusaha ...
.. kerana yang ditanya adalah apa usaha kita ... bukanlah hasil atau natijahnya!

Selasa, 25 November 2014

Dia ...

Dia adalah pekerja di pejabat.

Pada siang harinya dia melakukan tugasan dengan tekun.

Pada masa itu dia sentiasa cuba menunjukkan akhlak yang baik kepada orang lain.

Pada masa malam atau hujung minggu, dia akan ke serata tempat melakukan kebaikan kepada orang yang dia tidak kenal. Ramai tidak mengenalinya.

Dia adalah orang yang mengeluarkan sebahagian dari gajinya untuk menggembirakan orang lain dan menyampaikan mesej kehidupan sebenar kepada mereka yang masih tidur.

Dia adalah para daie di sekeliling kita.

Anda juga mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails