Lama tak melukis. Wah, agak berkarat lukisan kali ni!
Cerita di atas agak mendalam mesejnya. Kekadang, bila berpesatuan, berkumpulan ... kita terlalu eksited (teruja) untuk melakukan banyak perkara dan program, sehingga ... terlupa bahawa...
... sumber kekuatan sesuatu organisasi ialah pada 'orang', kerana orang diperlukan untuk melaksanakan segala aktiviti atau program yang kita nak buat.
Bagaimana nak dapatkan 'orang' ini?
Tidak lain tak bukan .. melalui pencarian individu ... dan membentuk mereka (dalam bahasa yang lebih tinggi = tarbiyyah!) supaya menjadi orang yang ingin bersama kita dan memiliki aspirasi yang sama dengan kita!