Rabu, 29 Disember 2010

Jangan Marah



Kali ini saya ingin highlight berkenaan marah. Kita selalu akan bertemu situasi yang menjadikan kita ingin marah atau ter'jadi' marah. Selalu juga kita 'gagal' dalam mengawal kemarahan di saat itu.

islam menawarkan solusi terhadap situasi itu. Antaranya:

Sabda Nabi SAW "Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Ahad, 24 Oktober 2010

Persiapan Exam!

Satu lagi untuk dikongsi!

Semoga kita tidak lupa ... bahawa dalam segala hal, kepadaNya lah kita berserah!

Selamat Menghadapi Peperiksaan!


Mesej ini ditujukan buat teman-teman yang sedang menghadapi peperiksaan, atau sedang bersiap untuk menghadapinya.

Bersiaplah sebaik-baiknya. Di samping itu, selalulah berdoa kepadaNya. Disudahi dengan tawakkal kepadaNya, kerana Dialah yang memberi atau tidak memberi kejayaan itu kepada kita!


All the best. Moga Allah memudahkan kalian!

Selasa, 5 Oktober 2010

Nikmat Allah


Cuba kita renungkan, berapa kali kita mensyukuri nikmat Allah? berapa kali kita merenung kembali, dan muhasabah kembali, betapa banyaknya nikmat yang Dia telah beri?

Selalunya, kita cenderung untuk merungut akan nikmat yang Dia tarik dari kita, dan juga nikmat yang Dia berikan kepada orang lain dan belum diberi kepada kita.

Selalulah muhasabah, dan jadikan diri kita selalu mensyukuri nikmat-nikmat yang diberikan olehNya!

Ahad, 5 September 2010

Ijazah Ramadhan!



Selalu orang sebut dalam tazkirah-tazkirah berkenaan Ramadhan, bahawa bulan ini bulan latihan, bulan tarbiyyah, bulan pembentukan ... seperti sebuah kursus, universiti atau training buat umat islam seluruhnya.

Adakah kita melaluinya dengan baik ... dan mendapat ijazah atas latihan itu?

Lailatul Qadr



Lailatul Qadr atau 'Night of Power' merupakan malam yang dicari-cari oleh umat islam setiap tahun, memandangkan ganjaran yang disediakan pada malam itu sangat besar. Bermacam-macam cara diambil oleh orang untuk mendapatkan malam ini. Ada yang fokus pada malam tertentu, ada yang buat pada malam 27 sahaja, dan ada yang memerhatikan tanda-tandanya dahulu sebelum beramal bersungguh-sungguh.

Komik di atas tercetus semasa berbual dengan seorang teman. Benar juga. Jika kita bersungguh-sungguh pada setiap malam, maka peluang untuk mendapatkan lailatulQadr adalah 100% insyaAllah.

Jadi, kita dah malam ke 27 ni. Harapnya amalan kita makin laju di penghujung Ramadhan ini!

Khamis, 28 Januari 2010

Siapa yang jadikan pokok ini besar?




Elok jika diceritakan kepada adik-adik dan anak-anak kita perihal Pencipta kita. Jadikan mereka kenal akan Allah, supaya timbul rasa kagum dan cinta kepadaNya!

Jumaat, 8 Januari 2010

Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu ...



Ini adalah lirik lagu "Doa Rabitah" yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid izzatul islam. Sangat tersentuh dengan nasyid itu.

Doa ini dibacakan setiap pagi dan petang dalam ma'thurat. Ia menjadi pengikat hati-hati orang yang beriman dan berjuang di jalan ini...

Semoga hati orang-orang beriman bersatu kembali dan bersama-sama dalam mempejuangkan agamaNya... Amiin

Anda juga mungkin suka...

Related Posts with Thumbnails