Saat ini, pelajar-pelajar sekolah dan IPT seronok dengan cuti! Jadi, bagaimana masa dihabiskan oleh mereka? Adakah diisi dengan perkara bermanfaat? Atau perkara yang tidak bermatlamat? Moga jadi renungan bersama....
Dah semakin hampir kita kepada hari raya. Ini bermakna kita akan meninggalkan ramadhan tak lama lagi. Di saat ini kita semakin bersemangat untuk berhari raya (dengan lagu yang berkumandang di radio dan TV). Moga kita tak ter'lupa' untuk memanfaatkan sebaiknya hujung-hujung ramadhan ini sebab di sinilah terletaknya banyak ganjaran yang besar.
Wahh! Ramadhan hampir ke penghujungnya! Hmm ... bagaimana dengan kita? Dah berjaya menggapai apa yang ada di dalam bulan yang mulia ini? Atau ia telah berlalu begitu sahaja?
My attempt to just scribble and scan. Basically this what we normally see in Ramadhan. It is still good, but it can be better. Maybe we ate too much and do not have willpower to pray more, read quran more etc....
Sudah 15 ramadhan! Wah, ada yang gembira menunggu raya. Ada yang sedih sebab dah tinggal separuh lagi bulan yang penuh pahala ni. Kita kategori yang mana?
Baru-baru ini kematian seorang artis sangat terkenal diratapi oleh masyarakat seluruh dunia. Sedar tak sedar, umat islam lebih merasa sedih terhadap seorang manusia yang terkenal berbanding berjuta-juta yang telah dianiaya,dizalimi dan dibunuh di gaza, palestin, iraq dan di serata dunia. Moga ia menjadi renungan buat diri kita...
Sedikit peringatan terhadap orang yang bekerja di pejabat (dicetuskan oleh seorang teman). Kekadang kita tidak sedar yang kita menggunakan 'masa kerja' untuk sesuatu yang bukan 'kerja'. Masa itu adalah amanah kita yang perlu kita tunaikan. Moga kerja kita lebih diberkati.
Lama tak lukis komik yang menyentuh suami isteri yang memahami akan jalan ini. Jika suami tidak memahami, maka sukar baginya untuk membantu isterinya untuk program dan aktviti yang membentuk kefahaman dirinya.
Bila hujan, kita rasa kecewa kerana tak dapat keluar berjalan-jalan. Hmmm, sebenarnya banyak juga perkara baik yang boleh kita buat di rumah! *Sempena musim hujan sekarang ni.
(lama tak guna guna teknik lukis manual,. Asyik digital aje.)